Pemuda Umno Pokok Sena

Home
: Informasi
: Organisasi
: Komuti (Biro)
: Aktiviti
: Komunikasi
: Berita Terkini
: Galeri

: Komunikasi

masthead.gif

logopemudaumnops.gif

ADUAN CADANGAN KOMEN ONLINE

Nama:
E-mel:
Komen/Cadangan:
Alamat:
Telefon:
  

ADUAN/CADANGAN:
Minta bas Mara Liner kembali ke jadual lama

SAYA pengguna Mara Liner yang sering berulang-alik dari Pokok Sena ke Kuala Lumpur. Sewaktu perkhidmatan ini dilancarkan pada 2005, laluan Mara Liner ialah dari Kuala Nerang ke Alor Star dan seterusnya ke Kuala Lumpur.

Ramai pengguna di Pokok Sena dan Jalan Langgar turut menikmati kemudahan untuk ke Kuala Lumpur.

Tetapi kini Mara Liner turut mengambil dan menurunkan penumpang di Sungai Petani menyebabkan pengguna laluan Kuala Nerang, Pokok Sena hingga ke Alor Star mengalami masalah.

Tiket Mara Liner ke Alor Star dan Kuala Nerang sering habis lebih awal kerana telah ditempah atau dibeli oleh penumpang yang turun atau naik di Sungai Petani.

Saya berharap pihak Mara Liner memberi pertimbangan khusus kepada pengguna di laluan asal kerana beberapa faktor.

Faktor utama ialah pengguna dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani atau sebaliknya mempunyai banyak pilihan bas ekspres. Malah mereka juga boleh turun atau naik di Butterworth jika kehabisan tiket.

Tetapi perkhidmatan Mara Liner dari Kuala Nerang ke Kuala Lumpur hanya sebuah sahaja setiap hari. Jika tiket telah habis, pengguna laluan Kuala Nerang - Pokok Sena - Langgar tiada pilihan lain.

Selain itu, keadaan ini juga menyebabkan perjalanan ke Alor Star dan Kuala Nerang sentiasa lewat hampir 40 minit kerana terpaksa memasuki Sungai Petani, bandar yang mempunyai banyak lampu isyarat.

– PENGGUNA SETIA, Pokok Sena

umno.gif

Aduan-Cadangan-Komen
 

Tarikh: 20 Januari 2007
Perkara: Syabas dan Tahniah
 
syabasdan tahniah..teruskan usaha mantap ini.pemuda umno kedah bangga dgn perubahan dan pencapaian pemuda pokok sena.
 
Mohd Rawi
Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah
 
Tarikh: 15hb Januari 2007
Pekara: Cadangan Perasmian Pejabat Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena
 
Mencadangkan supaya pejabat pemuda umno bahagian pokok sena dapat dirasmikan sebelum pilihanraya ke 12 oleh Dato' Seri Hishamudin Tun Hussein
 
Mohd Nasir Isa
Kuala Nerang
 
Tarikh: 15hb Januari 2007
Pekara: Tahniah di atas laman web
 
Syabas  pergerakan pemuda umno bahagian pokok sena di atas mewujudkan laman web  ini. Laman web ini memudahkan kami mengikuti perkembangan semasa mengenai aktiviti pemuda yang dijalankan.
 
Anuar Zamani
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar
 
 
Tarikh: 16hb Januari 2007
Pekara: Liga Bolasepak Ketua Pemuda
 
Liga bolasepak yang bakal di anjurkan oleh pergerakan pemuda umno bahagian pokok sena adalah sangat berkesan untuk golongan belia setempat memanfaatkannya. Justuru itu ssaya berharap liga bolasepak ini akan dijadikan sebagai liga tahunan dan berterusan selama-lamanya.
 
Maya Ridani Ahmad
Peminat Sukan
 
 

© 2007 Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena. Hakcipta Terpelihara
 Rekabentuk & Aplikasi oleh Cobra Cobraeite deSign